Langkau ke kandungan
A+ MyTuitionA+ Dinda Holdings Sdn Bhd
Portal staf
Tema
Superadmin
Menyambung ke Firebase…

Selamat datang kembali,

Staf.

--:--

Cawangan hari ini & esok

Admin Bertugas

Cuti Staf akan datang

0 Cuti Staf

    Memo

      Cuti Umum / Cuti Syarikat

      60 hari ke depan Takwim
        A+

        Dalam Proses Pembangunan

        Offday & status tutor

        BekerjaOffday / PHCutiCuti panjangTelah berhenti

          Offday mingguan masuk terus ke Rekod Hari Bekerja dan Kalender > Cuti Staf. Hari yang ditukar boleh ditanda dalam Rekod Hari Bekerja tutor itu.

          Panduan & SOP

          MyTuitionA+

          Panduan & SOP

          Rujukan untuk staf sepenuh masa: apa yang perlu dibuat, bila, dan bagaimana melakukannya dalam portal.

          Berkaitan cuti

          PengenalanJenis ketidakhadiran dan cara ia diuruskan Cuti Tahunan (AL)Kelayakan, prorata, baki dan cara memohon Cuti Sakit (MC)Kelayakan, dokumen MC dan appointment klinik Time Off (TO)Keluar awal / masuk lewat dan cara ganti masa

          Berkaitan SOP

          Belum ada SOP. Akan ditambah tidak lama lagi.

          Panduan Cuti · Tidak Hadir · Time Off

          Pengenalan

          Supaya setiap ketidakhadiran, permohonan cuti dan pelepasan waktu bekerja diuruskan secara teratur, konsisten dan adil bagi semua staf.

          Tanggungjawab staf

          Setiap staf bertanggungjawab memastikan sebarang ketidakhadiran dimaklumkan kepada pihak pengurusan mengikut prosedur yang ditetapkan, berserta dokumen sokongan sekiranya diperlukan.

          Ketidakhadiran boleh dirancang lebih awal atau berlaku tanpa dijangka. Setiap situasi dikategorikan mengikut jenis ketidakhadiran yang sesuai:

          • 1Annual Leave (AL) / Medical Leave (MC)
          • 2Unpaid Leave (UPL)
          • 3Emergency / Urgent Leave
          • 4Temujanji atau rawatan hospital / klinik
          • 5Half-Day Leave
          • 6Time Off / pelepasan sementara
          • 7Lewat hadir atau pulang awal
          • 8Ketidakhadiran tanpa kelulusan

          Memohon tidak bermaksud diluluskan

          Permohonan cuti atau pemakluman ketidakhadiran tidak secara automatik bermaksud ia telah diluluskan. Kelulusan tertakluk kepada jenis cuti, sebab ketidakhadiran, dokumen sokongan, keperluan operasi dan pertimbangan pihak pengurusan.

          Dalam portal, status setiap permohonan ditunjukkan di Pengurusan Cuti: Menunggu sehingga superadmin meluluskan atau menolaknya.

          Garis panduan ini bukan untuk menyukarkan staf mendapatkan cuti, tetapi supaya pengurusan kehadiran jelas dan tiada kekeliruan tentang jenis cuti yang sepatutnya digunakan bagi setiap keadaan.

          Panduan Cuti · Tidak Hadir

          Cuti Tahunan (AL)

          Cuti berbayar untuk kegunaan peribadi, biasanya dirancang lebih awal.

          Semak baki AL Mohon cuti

          1Berapa hari AL yang saya terima?

          Mengikut Labour Ordinance (Sabah Cap. 67), Seksyen 104D, kelayakan minimum ikut tempoh perkhidmatan:

          8hari / tahunKurang daripada 2 tahun
          12hari / tahun2 tahun hingga kurang 5 tahun
          16hari / tahun5 tahun dan ke atas

          2Adakah saya terus dapat 8 hari selepas mula bertugas?

          Tidak. 8 hari itu ialah kelayakan untuk 12 bulan perkhidmatan. MyTuitionA+ menggunakan sistem prorata: AL terkumpul sedikit demi sedikit mengikut tempoh anda berkhidmat.

          Jumlah AL terkini= Tempoh perkhidmatan (bulan)12×8 hari

          Contoh: 8 hari ÷ 12 bulan = 0.67 hari AL bagi setiap bulan perkhidmatan.

          Dalam portal, kiraan dibuat setiap hari (8 × hari berkhidmat ÷ 365), jadi baki AL anda bertambah sedikit setiap hari. Jadual Cuti Tahunan tahun ini dalam profil anda menunjukkan tarikh setiap hari AL mula layak.

          3Di mana saya semak rekod AL?

          Setiap staf mempunyai rekod AL sendiri dalam portal:

          1. MyTuitionA+
          2. Tekan kad anda Anda
          3. Tab tahun perkhidmatan (cth. Tahun Pertama)
          4. Bahagian Cuti

          Anda hanya boleh membuka profil sendiri, bagi menjaga privasi rekod staf lain.

          Tidak dapat log masuk, tidak nampak profil anda, atau rekod AL nampak tidak betul? Hubungi Team Operasi untuk bantuan.

          4Adakah AL dikira mengikut tahun kalendar?

          Tidak. AL dikira mengikut tempoh perkhidmatan, bermula dari tarikh mula bekerja. Contohnya, staf yang mula bertugas pada Oktober tidak terus mendapat 8 hari AL hanya kerana masuk tahun baharu pada Januari.

          Dalam profil anda, setiap tahun perkhidmatan ada tab sendiri: Tahun Pertama bermula pada tarikh mula bekerja dan berakhir sehari sebelum ulang tahun pertama.

          5Bolehkah baki AL dibawa ke hadapan?

          Tidak. Baki AL tidak boleh dibawa ke hadapan (carry forward) ke tempoh perkhidmatan seterusnya.

          Tahun perkhidmatanAL terkumpul 2 bulanMasih boleh guna baki Selepas ituBaki luput / burn

          Jika masih ada baki selepas genap satu tahun perkhidmatan, baki itu boleh digunakan dalam tempoh maksimum 2 bulan. Selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput dan tidak ditambah kepada kelayakan tahun seterusnya.

          6Langkah permohonan AL

          1. 1
            Rancang tarikh cuti

            Semak tarikh yang ingin diambil dan pastikan baki AL dalam profil anda mencukupi.

          2. 2
            Maklumkan Cg Melverne seawal mungkin

            Sebelum membuat permohonan rasmi, supaya pengurusan boleh merancang coverage staf, penempatan di cawangan, jadual kelas / tugasan, keperluan admin di setiap kawasan, dan cuti staf lain pada tarikh yang sama.

          3. 3
            Isi borang dalam portal

            Pengurusan Cuti > Permohonan Cuti > Borang Cuti Admin atau Borang Cuti Guru Sepenuh Masa. Bahagian Pengesahan menunjukkan kelayakan dan baki AL anda secara automatik.

          4. 4
            Tunggu kelulusan

            Borang terus dihantar kepada superadmin untuk semakan. Selepas diluluskan, hari cuti ditanda AL dalam Rekod Hari Bekerja anda dan baki dikemas kini.

          7Jika permohonan AL tidak diluluskan?

          Anda hendaklah hadir bertugas seperti biasa. Permohonan boleh tidak diluluskan atas faktor seperti:

          • Kekurangan staf pada tarikh tersebut
          • Tiada staf yang sesuai untuk coverage
          • Staf lain memohon cuti pada tarikh yang sama
          • Ada kelas, program, seminar atau urusan penting
          • Keperluan operasi cawangan
          • Faktor lain yang memerlukan kehadiran anda

          Anda boleh memilih tarikh lain, atau berbincang dengan Cg Mel untuk tarikh alternatif.

          AL ialah permohonan cuti, bukan pemberitahuan cuti. Selagi belum diluluskan, anda masih dijadualkan untuk hadir bekerja. Jika tetap tidak hadir selepas permohonan ditolak, ketidakhadiran itu dinilai mengikut polisi kehadiran dan tindakan yang sesuai boleh diambil.

          Panduan Cuti · Tidak Hadir

          Cuti Sakit (MC)

          Cuti berbayar apabila anda tidak sihat dan disahkan oleh doktor / pegawai perubatan melalui Medical Certificate (MC) yang sah.

          Isi permohonan

          1Berapa hari cuti sakit yang saya terima?

          Kelayakan Sick Leave mengikut tempoh perkhidmatan:

          14hari / tahunKurang daripada 2 tahun
          18hari / tahun2 tahun hingga kurang 5 tahun
          22hari / tahun5 tahun dan ke atas

          2Dokumen yang perlu diberikan

          Untuk direkod sebagai Cuti Sakit, berikan Medical Certificate (MC) yang sah daripada doktor, klinik atau hospital:

          • Salinan / gambar MC yang jelas

          3Langkah cuti sakit

          1. 1
            Maklumkan Cg Mel / pengurusan

            Secepat mungkin, bahawa anda tidak sihat dan mungkin tidak dapat hadir bertugas.

          2. 2
            Doktor mengeluarkan MC

            Pastikan maklumat dan tarikh pada MC adalah betul.

          3. 3
            Hantar MC & isi permohonan

            Hantar gambar / salinan MC yang jelas ke Group WhatsApp Pengurusan masing-masing secepat mungkin, dan isi Permohonan Cuti dalam portal dengan jenis Cuti Sakit (MC).

          4. 4
            Pengurusan membuat coverage

            Kelas, cawangan atau tugasan yang terlibat akan disusun semula sepanjang anda bercuti sakit.

          5. 5
            Direkod sebagai Cuti Sakit

            Setelah MC yang sah diterima dan diluluskan, hari itu ditanda MC dalam Rekod Hari Bekerja anda.

          6. 6
            Tinggalkan MC asal di cawangan

            MC asal boleh ditinggalkan di mana-mana cawangan MyTuitionA+. Tidak perlu hantar sendiri; Team Operasi akan mengumpulkannya untuk rekod.

          4Tidak sihat tetapi tidak mendapatkan rawatan / MC?

          Pengurusan faham ada kalanya staf benar-benar tidak sihat dan memilih untuk berehat di rumah. Tetapi tanpa pemeriksaan dan MC, syarikat tiada pengesahan perubatan untuk merekodkannya sebagai Cuti Sakit.

          MC bukan untuk mempertikaikan sama ada anda sakit, tetapi sebagai:

          • Pengesahan rasmi bahawa staf tidak sihat / tidak sesuai untuk bekerja
          • Dokumen sokongan bagi rekod cuti staf
          • Rujukan bagi pengurusan baki cuti sakit
          • Memastikan polisi yang sama digunakan secara adil kepada semua staf

          Tanpa MC, anda boleh memohon jenis cuti lain seperti Annual Leave (AL) atau Unpaid Leave (UPL), tertakluk kepada keadaan dan pertimbangan pengurusan.

          5Appointment / review di hospital atau klinik: adakah ia cuti sakit?

          Tidak secara automatik. Temujanji perubatan yang dijadualkan tidak semestinya bermaksud anda tidak sihat atau tidak layak bekerja sepanjang hari.

          Situasi 1Doktor memberi MC

          Ketidakhadiran direkod sebagai Cuti Sakit, mengikut tempoh dalam MC.

          Situasi 2Doktor tidak memberi MC

          Kad temujanji, surat temujanji, slip kehadiran atau dokumen review hanyalah bukti kehadiran, bukan MC. Jadi:

          • Annual Leave (AL) jika perlukan satu hari cuti; atau
          • Half Day / Time Off jika appointment hanya mengambil sebahagian waktu bekerja.

          Panduan Cuti · Tidak Hadir

          Time Off (TO)

          Keluar awal atau masuk lewat untuk urusan singkat, tanpa mengambil satu hari penuh Annual Leave (AL). Setiap jam yang diambil perlu diganti.

          Isi Borang Time Off

          1Apa itu Time Off?

          Time Off ialah pelepasan sementara daripada waktu bekerja bagi tempoh tertentu. Sesuai untuk urusan yang hanya memerlukan anda meninggalkan tempat kerja sekejap, tertakluk kepada kelulusan pengurusan.

          Antara situasi yang boleh dipertimbangkan:

          • Appointment / review di hospital atau klinik
          • Urusan peribadi yang penting
          • Urusan kerajaan / bank / dokumen rasmi
          • Kecemasan keluarga untuk tempoh tertentu
          • Keadaan lain yang munasabah dan tidak memerlukan cuti sehari penuh

          2Berapa lama Time Off boleh diambil?

          Ikut tempoh sebenar yang diperlukan sahaja. Dalam Borang Time Off, anda akan isi:

          • Jenis: Keluar awal atau Masuk lewat
          • Tarikh
          • Waktu keluar dan jangkaan masa kembali (keluar awal), atau jangkaan waktu masuk (masuk lewat)
          • Jumlah masa (jam): dikira sendiri bila waktu keluar dan kembali diisi
          • Sebab, dan rancangan ganti masa jika sudah ada

          Ada dokumen sokongan (cth. slip temujanji)? Tunjukkan kepada Cg Mel / pengurusan.

          Jika tempoh terlalu panjang sehingga meliputi sebahagian besar waktu bekerja, pengurusan boleh menetapkan supaya anda mengambil Half Day (HD) atau Annual Leave (AL) di Permohonan Cuti.

          3Langkah permohonan

          1. 1
            Maklumkan Cg Mel / pengurusan

            Seawal mungkin, terutama jika urusan sudah diketahui lebih awal.

          2. 2
            Isi Borang Time Off dalam portal

            Pengurusan Cuti > Time Off > Borang Time Off. Admin cawangan perlu isi Bahagian C: siapa buka & tutup cawangan dan siapa uruskan WhatsApp.

          3. 3
            Tunggu kelulusan

            Time Off hanya sah selepas superadmin meluluskannya. Status permohonan ditunjukkan di halaman Time Off, dan hari itu ditanda TO dalam Rekod Hari Bekerja anda.

          4. 4
            Ganti masa & maklumkan

            Setiap kali anda ganti masa, maklumkan pengurusan. Superadmin akan merekodkannya dan Baki time off anda di halaman Time Off akan berkurang sehingga 0.

          4Cara ganti Time Off

          Setiap Time Off perlu diganti mengikut jumlah masa yang digunakan. Anda bebas menentukan sendiri waktu ganti yang sesuai:

          • Datang bekerja lebih awal
          • Pulang bekerja lebih lewat
          • Berperingkat, pada hari yang berlainan

          Tidak semestinya diganti pada hari yang sama. Contoh, Time Off 2 jam:

          Hari 1Datang 30 min awal Hari 2Pulang 30 min lewat Hari 3Datang 1 jam awal

          Jumlah ganti = 2 jam

          Syaratnya:

          • Jumlah masa yang diganti sama dengan jumlah Time Off yang digunakan
          • Penggantian tidak mengganggu operasi atau tugasan yang telah ditetapkan
          • Penggantian dimaklumkan supaya direkod dengan betul dalam portal

          5Contoh dari mula hingga selesai

          Hari kejadian
          Staf
          Ali bin Abu, Admin Cawangan Putatan
          Tarikh
          21 Ogos 2026
          Keluar awal
          7:00 PM - 9:00 PM
          Jumlah
          2 jam

          Diluluskan · Baki time off 2 jam

          Setelah diganti
          Tarikh gantiCaraWaktuJumlah
          24 Ogos 2026 IsninDatang awal11:30 AM - 12:30 PM1 jam
          25 Ogos 2026 SelasaBalik lewat9:00 PM - 10:00 PM1 jam

          Direkod oleh superadmin · Baki time off 0 jam

          Alamak, tak boleh masuk!

          Kembali ke Laman Utama

          Permohonan tukar offday

          0

          Tiada permohonan menunggu.

            Laporan Harian

            DiisiBelum diisiHari iniOffday / cutiTekan hari untuk isi atau lihat laporan.

            Petty Cash

            Analisis Kehadiran

            Kehadiran penuh kecuali UPL (offday, cuti dan MC tidak mengurangkan)

            Rekod Hari Bekerja

            Tekan mana-mana hari untuk memilih Hadir, HD, OFF, PH, AL, CG, CB, CL, MC, UPL, OT atau TO. Hari tanpa tanda ikut jadual Offday.

            Cuti

            Baki time off

            Jam time off yang diluluskan, tolak masa yang telah diganti

            SelesaiBelum diganti

              Beritahu superadmin apabila masa telah diganti; superadmin akan menolaknya di sini.

              Permohonan

              0

                Laporan Harian Tutor

                Semua yang mengisi Laporan Harian: tutor sepenuh masa, content creator dan Cikgu Melverne.

                DiisiBelum diisiHari iniOffday / cutiTekan hari yang diisi untuk baca laporan.

                Tekan simbol untuk tukar status: In progress, Planning atau Completed. Tekan pensel untuk ubah planning, tarikh atau progress. Tekan Tambah update untuk tambah progress baharu (Merah = Planning Phase, Kuning = Started & In Progress, Hijau = Completed); tekan satu update untuk ubah atau padam.

                Disimpan terus ke Rekod Hari Bekerja setiap staf, jadi Profil Pekerja, baki cuti dan Info Staf ikut sama. Masa hanya untuk hari bekerja (Hadir, HD, OT, TO). Tekan masa Laporan untuk salin masa daripada Laporan Harian staf.

                Apa yang setiap staf boleh lihat dan edit

                Tekan kotak untuk tukar: Lalai → Tiada → Lihat → Edit. Lalai = akses biasa ikut peranan (ditunjuk kecil di bawah).

                Tiada: tersembunyiLihat sahajaBoleh edit

                Edit hanya untuk Jadual Offday, Admin Bertugas, Dokumen Akauntan dan Takwim. Bahagian lain: staf sentiasa boleh urus rekod mereka sendiri; Tiada menyembunyikan halaman itu.

                Cuti Umum / Cuti Bonus Program MyTuitionA+ Tarikh Penting Sekolah

                Hanya superadmin boleh mengemaskini takwim.

                Cuti Umum / Cuti Syarikat Ada staf bercuti PUTKod staf yang offday

                Tekan mana-mana hari untuk lihat siapa bercuti, offday dan bekerja. Rekod cuti dipaparkan dari hari ini ke hadapan.

                Cover admin

                Taip nama tutor (senarai tutor dicadangkan). Kosongkan untuk ikut cover automatik. WhatsApp "Auto" ikut Cikgu Ryan atau cawangan rakan.

                Nama admin cawangan

                Siapa admin tetap bagi setiap cawangan

                Import maklumat pekerja

                Tampal kod yang disediakan. Hanya medan dalam kod dikemaskini; maklumat lain tidak berubah.

                Offday & status

                Offday mingguan

                Pilih satu atau lebih hari. Kosongkan jika tiada offday tetap.

                Minggu sebelum tarikh ini kekal dengan offday lama.

                Status

                Tambah cuti

                Jenis

                Status hari

                Pilih cuti umum / cuti ganti ditambah yang diganti pada hari ini.

                Tambah Staf

                Staf baharu terus muncul dalam carta organisasi dan boleh log masuk

                Huruf kecil, nombor, - atau _ sahaja. Staf log masuk dengan ID ini.

                Kosongkan jika akaun log masuk sudah dibuat dalam Firebase Console.

                Offday, KPI dan Admin Bertugas ikut cawangan ini.

                Tukar kata laluan

                Sekurang-kurangnya 6 aksara.

                Kata laluan ini juga digunakan untuk membuka Profil Pekerja anda.

                Laporan harian

                1Kehadiran

                Cawangan * (boleh lebih dari satu)

                2Pengurusan

                Meeting / call (perkara)

                3Tutor (sama seperti tutor sepenuh masa)

                2Kelas (jika ada)

                Tiada kelas lagi. Tekan Tambah kelas untuk menambah.

                3Cover kelas (jika ada)

                4Meeting (jika ada)

                5Content creation / rakaman video

                4Rekrutmen

                5Logistik

                6Isu berbangkit

                7Catatan

                Memo

                Memo baharu

                Dipaparkan di Laman Utama

                3. Jenis
                Countdown ke

                Memo hilang sendiri selepas tarikh ini. Masa adalah pilihan.

                4. Untuk

                Tiada dipilih = semua staf.

                Baki

                Baki dibawa masuk ke tahun ini. Boleh negatif (cth. -268.00).

                Tambah petty cash

                Jenis

                Maklumat di bawah boleh diisi kemudian. Rekod yang belum lengkap akan ditanda Belum lengkap.

                Dicadangkan dari nama barang. Semak sebelum simpan.

                Tambah update

                Peringkat

                Tambah planning

                Status

                Buang Staf

                Staf yang dibuang hilang daripada carta organisasi dan semua senarai

                Rekod hari bekerja, cuti dan KPI tidak dipadam, dan staf boleh dipulihkan. Nyahaktifkan akaun log masuknya dalam Firebase Console (Authentication).

                  Telah dibuang

                    Info Staf

                    Siapa bercuti, offday dan bekerja

                    Offday

                    Offday

                    Tetapkan siapa yang offday pada hari ini

                    Siapa offday

                    Mohon Tukar Offday

                    Superadmin akan meluluskan atau menolak permohonan ini

                    Borang Permohonan Cuti (Admin)

                    Superadmin akan meluluskan atau menolak permohonan ini

                    Jenis cuti *

                    AMaklumat Pekerja

                    BButiran Permohonan Cuti

                    Jumlah hari cuti
                    -
                    Baki kelayakan cuti
                    -

                    CPelan Tindakan Admin

                    Kelas (pilihan)
                    SubjekMasa kelasCawanganCatatan guru ganti / kelas ganti

                    Jika ada, senaraikan kelas sepanjang cuti, dan siapa guru ganti atau bila kelas akan diganti. Boleh dibiarkan kosong.

                    Pengurusan Cawangan
                    Nota tugas penutupan cawangan
                    1. Pastikan semua suis elektrik ditutup, khususnya penghawa dingin.
                    2. Pastikan pintu dan pagar dikunci dengan baik.
                    3. Pastikan guru yang bertanggungjawab maklum dengan PIN peti kunci.
                    Pengurusan WhatsApp
                    Pengurusan WhatsApp sebaiknya diambil oleh cawangan dalam zon yang sama

                    Zon A: Putatan, Sembulan, Penampang
                    Zon B: Alamesra, Inanam

                    DPengesahan

                    Catatan penyelia diisi oleh Cikgu Mel semasa kelulusan.

                    Permohonan cuti

                    Borang Permohonan Kerja Lebih Masa (Overtime)

                    Superadmin akan meluluskan atau tidak meluluskan permohonan ini

                    AMaklumat Pekerja

                    BMaklumat Permohonan Lebih Masa

                    TarikhMulaTamatJumlah masaJenisCatatan

                    Jenis diisi mengikut jadual Offday apabila tarikh dipilih; tukar jika perlu.

                    Jumlah masa lebih masa dipohon0 jam

                    CPengesahan & Kelulusan

                    Diisi oleh superadmin: Diluluskan / Tidak Diluluskan, nama, jawatan dan tarikh.

                    Borang Keluar Awal (Time Off)

                    Keluar awal atau masuk lewat. Superadmin akan meluluskan permohonan ini

                    Jenis *

                    AMaklumat Pekerja

                    BMaklumat Time Off

                    CPelan Tindakan (Bagi Admin)

                    Pengurusan Cawangan
                    Nota tugas penutupan cawangan
                    1. Pastikan semua suis elektrik ditutup, khususnya penghawa dingin.
                    2. Pastikan pintu dan pagar dikunci dengan baik.
                    3. Pastikan guru yang bertanggungjawab maklum dengan PIN peti kunci.
                    Pengurusan WhatsApp
                    Pengurusan WhatsApp sebaiknya diambil oleh cawangan dalam zon yang sama

                    Zon A: Putatan, Sembulan, Penampang
                    Zon B: Alamesra, Inanam

                    !Nota Time Off

                    1. Time Off diberikan bagi situasi kecemasan, urusan penting yang tidak dapat dielakkan, atau keadaan kesihatan yang menyebabkan staf perlu meninggalkan tempat kerja sebelum tamat waktu bekerja.
                    2. Staf hendaklah memaklumkan kepada penyelia atau pihak pengurusan secepat mungkin sebelum meninggalkan tempat kerja.
                    3. Sekiranya staf ingin menggantikan masa kerja yang terjejas, penggantian hendaklah dirancang dan mendapat kelulusan terlebih dahulu.
                    4. Penggantian waktu kerja secara retrospektif (selepas ketidakhadiran berlaku tanpa perancangan awal) adalah tidak dibenarkan.

                    Tolak masa diganti

                    Tambah Acara

                    Takwim MyTuitionA+

                    Biarkan tarikh akhir kosong untuk acara sehari.

                    MyTuition A+, Pusat Tuisyen Fokus

                    Portal Staf MyTuitionA+ ⭐